Tuesday 9 October 2012

Tip-tip Menghadapi Anak Remaja



Sebagai seorang kaunselor atau ibu bapa kita hendaklah mengetahui tip-tip untuk menghadapi  anak remaja. kita sedia maklum bukan anak remaja ni berdarah panas. oleh itu cara tertentu perlulah digunakan untuk mendidik mereka..

Menurut Nelson (1992), keluarga menyediakan sosialisasi peringkat wal kanak-kanak iaitu perkembangan dari segi fizikal, psikologi dan emosi terhadapi anak-anak. Oleh itu ini menunjukkan bahawa perhubungan mesra dengan anak-anak dapat menghindar remakaj dari terlibat dengan perkara-perkara yang kurang sihat.
            Sehubungan dengan itu menurut Ahmad Lisot (1998), ibu bapa yang ideal perlu memainkan peranan mereka sebagai ibu bapa hanya dengan cara mengetahui asas perhubungan sesame manusia. Ibu bapa boleh membesarkan anak-anak yang bertanggungjawab, berdisiplin dan bekerjasama tanpa bergantung kepada perasaan takut. Jadilah kawan kepada anak anda semasa susah dan senang, tawa dan sediah, kecewa dan gembira.
1)      Bertanya dan dampinglah anak-anak apabila anda dapati berlaku perubahan emosi pada anak-anak anda. Berkongsi masalah dengan mereka, menjadi kawan disamping mewujudkan suasana kekeluargaan yang harmoni.
2)      Beri kesempatan anak-anak luahkan perasaan sebenar dan menentukan pilihan mereka.
3)      Berkomunikasilah dengan bijak denagn anak dalam apa sahaja situasi. Komunikasi dua hala yang sihat akan membantu anak-anak meluahkan masalah mereka.
4)      Jangan bezakan kasih dan sayang dalam kalangan anak-anak.
5)      Berkongsi minat dengan anak-anak agar mereka rasa diterima.
6)      Dengarlah dan hormatlah pendapat mereka walaupun berbeza dengan pendapat anda.
7)      Bijak menilai mereka dan jangan mnuduh dengan anggapan tanpa bukti.
8)      Tunjukkan wajah yang manis dan kawal perasaan marah, kecewa atau hampa di hadapan mereka.
9)      Terimalah mereka seadanya, walau siapapun mereka.
10)  Ucap dan lafazkan kata-kata pujian dan tahniah atas kejayaan mereka.
11)   Tunjukkan rasa simpati kerana kekecewaan mereka disamping memotivasikan diri mereka supaya boleh Berjaya lagi.
12)  Menjadi role-model yang baik kepada anak-anak.
13)   Jangan kedekut dengan sentuhan dan belaian, kerana ini akan membuatkan mereka berasa dihargai dan disayangi.
14)  Memahami dunia mereka dengan bimbingan kita sebagai ibu bapa.
15)  Bijak menilai mereka dan jangan menuduh dengan anggapan tanpa bukti.
16)  Tunjukkan wajah yang manis dan kawal perasaan marah. Kecewa atau hampa dihadapan mereka.

No comments:

Post a Comment