Saturday 20 October 2012

Istimewanya Dirimu


Setiap orang ada lapangannya yang tersendiri. Jika semua orang di dunia ni sama sahaja, pasti kehidupan terasa hambar, tiada warnanya. Bosan!! Betul tak kawan-kawan.. Maha AgungNya Allah SWT, diciptakan pelbagai variasi kelebihan buat orang yang berbeza-beza. Saling melengkapi, cukup-mencukupi, menampuny yang kurang dan menongkat yang pincang.
Ada orang pandai berkarya
Ada orang power berkata-kata
Ada yang tough muscle macam Hulk
Tapi......
Kalau semua orang berkarya, siapa yang nak baca karya yang dihasilkan? Kalaun semua orang power berkata-kata, mesti telinga kita sakit mendengar debat di setiap penjuru yang ada. Kalau semua orang tough muscle macam Hulk, ramai pula yang mula tunjuk belang.
Kita diciptakan oleh Allah. Dia maha Mengatur, Maha mentadbir. Setipa apa yang ada di bumi ini adalah di bawah pentadbiran allah SWT hatta kita juga sebahagian dari[ada ciptaanNya yang melengkapi alam ini. Tidak salah berasa syukur dengan kelebihan yang Allah kurniakan. Yang salahnya berasa kehebatan diri melebihi rasa hebatnya Allah SWT sedangkan kelebihan itu Dian yang berikan.

Kamu rasa diri lemah, tak berguna??
Rasa lemah dan tidak pandai matematik? Mungkin kamu pandai sastera.
Tidak cukup power berkata-kata? Mungkin kamu tajam akalnya.
Tidak berani dan gemuruh berdepan orang ramai? Mungkin kamu seorang yang kreatif
Lemah ingatan dan tidak kuat hafalan? Mungkin kamu expert memasak.

Marilah kita hargai diri sendiri, kita bersyukur apa jua yang allah kurniakan kepada kita. Syukur atas segala nikmat sama ada kecil atau besar. Baik ataupun tidak. Senag atau sukar. Mungkin ada nikmat pada diri sendiri yang kita anggap kecil umpamanya seperti tiada nilai di sisi manusia, namun hakikatnya sangat besar nilainya pada orang lain.

Pada pandangan mereka yang kekurangan, mereka berkata..
“Alangkah bestnya kalau aku ada apa yang dia ada”
“Alangkah bertuahnya dia dengan kereta mewahnya”
“Beruntungnya dia, dapat melancong setipa tahun ke luar Negara”
Kesimpulannya, usah tanamkan rasa lebih pada manusia. Apa jua yang ada pada manusia lain adalah pinjaman semata-mata. Hakikatnya segalanya adalah milik Allah SWT. Jadilah manusia yang sentiasa bersifat perlukan qanaah dan merasa syukur ketika merasa cukup dan lebih dari manusia lain
Jadilah diri anda sendiri, kerana diri anda adalah yang terbaik!

“Tapi bagaimana?”
“Ucapkanlah Alhamdulillah...”
Bersyukurlah walau dengan yang sedikit. Pujilah allah yang maha kaya. Hakikatnya kita memang tiada apa-apa, kita bukan siapa-siapa. Pandai. Bodoh, glamer, mulia, hina...semuanya hanyalah wayang di dunia fana ini. Semua orang memainkan wataknya. Semua orang sama aslnya. Hanya dilipih untuk beraksi sebaik mungkin. Anugerah pula diberkan buat mereka yang ikhlas. Mereka yang tetap teguh pada islam dalam apa-apa jua keadaan. Insan rabbani berfirasat sufi.
Apalah yang ada pada raut keangkuhan. Berjalan di mandala sebagai makhluk, tidak layak menandingi Sang khaliq. Kalau sombong tidak ada sesiapa yang suka hatta Allah juga benci kepadanya. Berlagak sempurna pada ‘barang’ yang bukan miliknya.
Hidup ini adalah anugerah, hadiah olehNya agar kita mengenal erti buat diri. Agar kita menyempurnaka misi tertentu yang disusun oleh Allah di aturan takdir. Ketentuan setipa kita adalah berbeza. Hadapilah ia sebagaimana seperti yang kamu mahukan, asl tidak menyimpang dari haluan menuju redha Tuhan. Hiduplah dengan kehendakmu hatta 1 trilion tahun sekalipun, tanpa redha Allah...segalanya tidak bernilai sesaat sekalipu padang Mahsyar tidak mengenal harga susah keran perkara yang sia-sia. Hanya kala langkah berjalan di keredhaan Allah, barulah ia dikunjungi penuh penghormatan.
Mari kembali di hening malam, bergalaskan jiwa hamba, hargai segala pemberianNya. Nyawa telah diberi percuma, dihiasi lagi dengan Iman dan islam. Apa lagi yang lebih mahal dari anugerah ini.??

1 comment:

  1. Emperor Casino : Shootercasino
    Emperor Casino is an online casino and gambling platform. You can play more than 2000 slot machines, casino games and live 제왕카지노 사고 dealer games. Join today to get your welcome bonus!

    ReplyDelete