Ramai yang masih tidak mengetahui cara untuk belajar
dan ini akan menjadi satu masalah kepada mereka untuk menduduki peperiksaan
kelak. Di sini saya ingin kongsikan sedikit cara belajar yang pernah saya
amalkan.
1)
MASA
Sebelum memulakan suatu sesi pembelajaran, pemilihan
waktu yang tepat adalah penting untuk memastikan minda kita mampu menerimanya
dengan keadaan yang optimum. Contohnya, kebanyakan pelajar suka mengulang kaji
pelajaran mereka pada tengah malam atau seawal pagi kerana pada masa ini
keadaan sunyi dan minda kita akan dapat fokus pada apa yang kita belajar.
Lebih-lebih lagi mata pelajaran yang melibatkan pengiraan seperti matematik.
2)
TEMPAT BELAJAR
Perkara ini haruslah diambil berat kerana apabila
keadaan tempat belajar kita kemas dan teratur sudah tentu kita dapat belajar
sesuatu perkara itu dengan baik. Seeloknya tempat yang baik untuk kita belajar
ialah di perpustakaan kerana suasana yang sangat kondusif. Ini akan memudahkan
proses pembelajaran kita. Andai di rumah, pastikan tempat tersebut mampu
merangsang minat kita untuk mentelaah tanpa terdapat gangguan luar seperti
suasana yang bising yang boleh merencatkan proses pembelajaran. Pastikan meja
belajar menghadap ke arah kiblat.
3)
NOTA
Setiap kali kita mengulang kaji pelajaran, sebaiknya
jangan hanya membaca buku sahaja tetapi adalah lebih baik kita membuat nota
ringkas. Ia membantu kita untuk mengingat. Di samping itu juga, kita boleh
membawa nota tersebut ke mana sahaja dan boleh dibaca pada bila-bila masa
sahaja. Nota yang baik bukan hanya nota yang ringkas, tapi nota tersebut
hendaklah mudah untuk difahami. Salah satu cara terbaik untuk membuat nota
adalah dengan menggunakan peta minda (mind map). Cara ini adalah salah satu
cara yang sangat berkesan khususnya bagi subjek yang memerlukan pembacaan yang
banyak.
Contoh Peta Minda..jangan lupa cuba yer..
Cantik kan?? Rasa bertambah semangat nak baca..betul tak..
No comments:
Post a Comment