Sunday 21 October 2012

What Is Personal Counselling


Kaunseling yang paling terkenal ialah kaunseling individu. Pada peringkat awalnya, kaunseling begini dipraktikkan di sekolah-sekolah sebagai program bimbingan. Dalam kaunseling ini, temu bual hanya diantara seorang klien dengan kaunselornya. Robert L. Gibson dan Marriance H. Mitchell (1981) dalam buku mereka, Introduction to Guidance, menerangkan: counselling is a skill process distinguished from advising, directing, perhaps listening sympathetically and appearing to be interested in many of the same concerns as professional counsellor...test result, career information and autobiographies are allrelatively meaningless if they do not provide information that enhances the effectiveness of the counselling process.
Dalam kaunseling, permasalahan individu- individu sahaja yang dibincangkan mengikut cara dan teknik masing-masing, yang berpandukan pula kepada teori yang dipilih sendiri. Berkesan atau tidaknya sesebuah kaunseling itu bergantung kepada kaunselor dan individu itu sendiri dalam mengemukakan sikap mereka semasa berkaunseling. Umumnya kaunseling individu didefinisikan sebagai suatu pemusatan hal peribadi, hubungan bersemuka antara dua manusia dalam mana seorang kaunselor dengan kemampuan yang ada padanya akan menyediakan situasi pembelajaran yang membolehkan kliennya mengenali diri, sehingga membolehkannya menggunakan sifat-sifat dan kemungkinan-kemungkinan yang ada bagi memenuhi diri sendiri, orang ramai dan belajar bagaimana menyelesaikan masalah-masalah dan memenuhi kehendak-kehendak masa depan.
Blackham (1977) pula mengatakan bahawa kaunseling individu ialah hubungan tolong-menolong yang unik, dimana klien akan diberikan peluang-peluang belajar, menghayati, berfikir dan merubahkan mengikut apa yang difikirkan boleh memanfaatkannya.
Shertzer dan stone 91974) pula mengatakan bahawa kaunseling individu ialah proses interaksi yang menyediakan hubungan bermakna tentang diri dan persekitaran dan berhasil dalam penwujudan dan pencapaian matlamat dan nilai-nilai untuk tingkah laku masa hadapan.
Begitulah beberapa definisi tentang kaunseling individu daripada beberapa orang ahli psikologi/kaunseling yang terkemuka sebelum ini. Oleh itu dapatlah dibuat kesimpulan bahawa kaunseling individu adalah hubungan seorang dengan seorang yang melibatkan kaunselor terlatih dam memusatkan kepada beberapa aspek terhadap penyesuaian diri klien, perkembangannya atau pengambilan keputusan yang diperlukannya. Hubungan ini menyediakan hubungan dan komunikasi dimana klien berpeluang membina pemahaman, penerokaan beberapa kemungkinan dan mengharapkan perubahan berlaku.
Dalam keadaan ini kemahiran seseorang kaunselor dalam memberikan perkhidmatan bantuannya sehingga membolehkan kemungkinan mendapatkan hasil yang positif adalah diperlukan. Pengetahuan dan kemahiran seseorang kaunselor ialah memberikan bentuk dan arah yang tertentu.
Dalam membicarakan matlamat kaunseling individu ini, berbagai-bagai tanggapan diberikan oleh beberapa orang ahli kaunseling terkemuka. Antaranya Tyler (1969) beliau mengatakan matlamat kaunseling ini ialah memberikan kemudahan-kemudahan memilih secara ringkas dan membiarkan individu memperkembangkannya sendiri kemudian.
Tetapi Freud (1959) mengatakan, tujuannya  bagi melepas dan membebaskan ego daripada berbagai-bagai sekatan dan had, mengembalikan semula kebolehan kepada id kerana dahulunya ia hilang disebabkan tekanan-tekanan peringkat awal. Ford (1962) pula mengatakan bahawa tujuan kaunseling adalah untuk perubahan kepada tingkah laku.
Proses kaunseling.
Dalam kaunseling individu ini, prosesnya sama juga dengan proses kaunseling secara umumnya. Ia merangkumi hal-hal seperti proses pembelajaran, hubungan dan kaedah dalam kaunseling, dan juga beberapa teori yang ada kaitannya dengan proses kaunseling. Diantaranya ialah penggunaan beberapa pendekatan dalam kaunseling seperti pendekatan afektif, pendekatan tingkah laku dan pendekatan tingkah laku.
Penekanan dalam kaunseling individu.
Oleh kerana kaunseling jenis ini menumpukan perhatian terhadap membekalkan kefahaman yang berfaedah terhadap diri klien dengan harapan berdepan dengan alam sekelilingnya, maka suasana kaunseling itu sendiri dikatakan boleh sama ada menggalakkan perkembangan individu itu sendiri ataupun sebaliknya. Maka, untuk memastikan suasana kaunseling itu lancar, selain daripada hubungan dalam proses kaunseling itu , ada beberapa lagi unsur yang patut diambil kira misalnya empati, pandangan positif dan kesejatian.

Empati.
Empati adalah keupayaan memahami perasaan, sikap dan nilai orang lain. Ini melibatkan proses meletakkan diri seseorang ke dalam diri orang lain ataupun sebaliknya. Seseorang kaunselor yang berkesan harus memiliki lebih daripada sifat empati ini; dia sendiri haruslah boleh menyatakan kefahamannya terhadap kliennya. Tindak balas empati ini terjadi apabila adanya wawasan klien yang besar dalam keadaannya sendiri mahupun dalam keadaan orang lain. Kekurangan sifat empati boleh menyekat sesuatu proses kaunseling.
Pegangan positif.
Pegangan positif mencerminkan falsafah kaunseling seseorang kaunselor yang disertai oleh sikapnya sekali. Ia terbina atas kepercayaan harga dan kemuliaan diri seseorang ataupun terhadap orang lain.
Kesejatian.
Budaya hari ini banyak mencerminkan ketidak berperibadian, tanpa kesahihan yang menyokong satu keadaan tidak sihat dalam kehidupan orang ramai. Dalam hubungan kaunseling, kesejatian merupakan satu ramuan teraputik yang penting. Kesejatian merupakan keupayaan sendiri atau mutlak. Kesahihan pula menggambarkan penglibatan terhadap  kehidupan itu. Mempunyai kemampuan menyingkap diri sendiri dan berkongsi sama perasaan seseorang itu pada ketika itu, mencerminkan kesediaan kaunselor menjadi lut cahaya dan membuka peluang seseorang memilih pembantu yang mana baik dan yang mana buruk.







No comments:

Post a Comment