Sunday 23 September 2012

ciri-ciri perwatakan seorang kaunselor

Personaliti Kaunselor

Menurut Holland (1997), personaliti dapat mempengaruhi prestasi kerja seseorang. mengikut Holland lagi, terdapat enam jenis personaliti, iaitu Realistik, Investigatif, Artistik, sosial, Enterprising, dan konvensional.

a) Realistik
cenderung melakukan pekerjaan yang melibatkan penyelesaian masalah secara praktikal, tetapi tidak suka kerja-kerja melibatkan komunikasi dengan orang lain.

b) Investigatif
Individu yang menyukai teori. mereka berminat dengan penyelidikan dan mengelak mengadakan hubungan dengan orang lain

c) Sosial
individu yang mahir berhubung dengan orang lain dan perhubungan interpersonal. mempunyai kemahiran komunikasi yang baik, suka menolong dan terlibat dengan kerja-kerja kebajikan.

d) Artistik
Individu artistik gemar berhubung dengan dunia mereka sahaja melalui bakat seninya. ciri-ciri lain adalah kreatif, inovatif dan berkeupayaan memahami perkara tersirat.

e) Konvensional
Individu ini menggemari kerja-kerja yang berstruktur, teliti dan berkeupayaan melakukan perkara yang sama secara berulang. mereka mementingkan susun atur serta kekemasan dan cuba mengelak sebarang kesilapan dalam melakukan pekerjaan.

f) Enterprising
Ciri unik individu ini adalah kebolehannya bercakap bagi mempengaruhi orang lain, menjual barangan atau mematahkan setiap hujah orang lain.

       Holland menyatakan dua sifat kaunselor yang membolahkan dia mencapai thap keberkesanan yang tinggi adalah:

Sosial
Pembimbing yang berkesan perlu mempunyai minat perlu mempunyai minat mendalam bagi menolong manusia dan membantu dalam bentuk kebajikan. sifat-sifat ini ditonjolkan melalui kebijaksanaan dalam berkomunikasi dengan orang lain.

Artistik
Pembimbing juga perlu mempunyai kretiviti dan imaginasi yang tinggi terutama dalam memahami masalah manusia yang kompleks. ciri-ciri kreatif ini perlu dalam mengaplikasikan kemahiran kaunseling dan mencari penyelesaian yang sedang dihadapi.


Ciri-ciri Kaunselor Berkesan
Goldfried dan Padawer (1982), menyamakan kaunseling sebagai kraf tangan dan kaunselor sebagai individu yang mempunyai kemahiran dalam kraf tangn itu. Menguasai keperluan pengetahuan dan kemahiran asas adalah prasyarat menjadi kaunselor yang baik. Bagi menjadi kaunselor berkesan, kaunselor mesti mempunyai kelebihan menguasai seni kaunseling yang dihasilkan dengan cara tersendiri yang menjadikan kaunseling sebagai proses yang unik dan berkesan. Kaunselor perlu memiliki pelbagai kemahiran dalam membantu usaha ini. Menurut Seligman (1986), kemahiran kaunselor termasuk kemahiran yang dimiliki dalam aspek:


                       a)  Penyelidikan
                       b) Penilaian
                             c) Kesedaran kendiri
                             d)   Usaha meningkatkan profesionalisme
                             e)  Komunikasi
                             f)  Pembangunan man
                             g) Teori dan teknik kaunseling
                             h)  Kaunseling kelompok
                                     i)  Kaunseling k
                             j)   Perundingan
                             k)  Kemampuan berinteraksi dengan golongan istimewa
                             l)  Latihan dan bentuk program
                             m)    Perapatan dengan komuniti



 

No comments:

Post a Comment