Tuesday, 9 October 2012

Tip-tip Menghadapi Anak Remaja



Sebagai seorang kaunselor atau ibu bapa kita hendaklah mengetahui tip-tip untuk menghadapi  anak remaja. kita sedia maklum bukan anak remaja ni berdarah panas. oleh itu cara tertentu perlulah digunakan untuk mendidik mereka..

Menurut Nelson (1992), keluarga menyediakan sosialisasi peringkat wal kanak-kanak iaitu perkembangan dari segi fizikal, psikologi dan emosi terhadapi anak-anak. Oleh itu ini menunjukkan bahawa perhubungan mesra dengan anak-anak dapat menghindar remakaj dari terlibat dengan perkara-perkara yang kurang sihat.
            Sehubungan dengan itu menurut Ahmad Lisot (1998), ibu bapa yang ideal perlu memainkan peranan mereka sebagai ibu bapa hanya dengan cara mengetahui asas perhubungan sesame manusia. Ibu bapa boleh membesarkan anak-anak yang bertanggungjawab, berdisiplin dan bekerjasama tanpa bergantung kepada perasaan takut. Jadilah kawan kepada anak anda semasa susah dan senang, tawa dan sediah, kecewa dan gembira.
1)      Bertanya dan dampinglah anak-anak apabila anda dapati berlaku perubahan emosi pada anak-anak anda. Berkongsi masalah dengan mereka, menjadi kawan disamping mewujudkan suasana kekeluargaan yang harmoni.
2)      Beri kesempatan anak-anak luahkan perasaan sebenar dan menentukan pilihan mereka.
3)      Berkomunikasilah dengan bijak denagn anak dalam apa sahaja situasi. Komunikasi dua hala yang sihat akan membantu anak-anak meluahkan masalah mereka.
4)      Jangan bezakan kasih dan sayang dalam kalangan anak-anak.
5)      Berkongsi minat dengan anak-anak agar mereka rasa diterima.
6)      Dengarlah dan hormatlah pendapat mereka walaupun berbeza dengan pendapat anda.
7)      Bijak menilai mereka dan jangan mnuduh dengan anggapan tanpa bukti.
8)      Tunjukkan wajah yang manis dan kawal perasaan marah, kecewa atau hampa di hadapan mereka.
9)      Terimalah mereka seadanya, walau siapapun mereka.
10)  Ucap dan lafazkan kata-kata pujian dan tahniah atas kejayaan mereka.
11)   Tunjukkan rasa simpati kerana kekecewaan mereka disamping memotivasikan diri mereka supaya boleh Berjaya lagi.
12)  Menjadi role-model yang baik kepada anak-anak.
13)   Jangan kedekut dengan sentuhan dan belaian, kerana ini akan membuatkan mereka berasa dihargai dan disayangi.
14)  Memahami dunia mereka dengan bimbingan kita sebagai ibu bapa.
15)  Bijak menilai mereka dan jangan menuduh dengan anggapan tanpa bukti.
16)  Tunjukkan wajah yang manis dan kawal perasaan marah. Kecewa atau hampa dihadapan mereka.

Sunday, 23 September 2012

ciri-ciri perwatakan seorang kaunselor

Personaliti Kaunselor

Menurut Holland (1997), personaliti dapat mempengaruhi prestasi kerja seseorang. mengikut Holland lagi, terdapat enam jenis personaliti, iaitu Realistik, Investigatif, Artistik, sosial, Enterprising, dan konvensional.

a) Realistik
cenderung melakukan pekerjaan yang melibatkan penyelesaian masalah secara praktikal, tetapi tidak suka kerja-kerja melibatkan komunikasi dengan orang lain.

b) Investigatif
Individu yang menyukai teori. mereka berminat dengan penyelidikan dan mengelak mengadakan hubungan dengan orang lain

c) Sosial
individu yang mahir berhubung dengan orang lain dan perhubungan interpersonal. mempunyai kemahiran komunikasi yang baik, suka menolong dan terlibat dengan kerja-kerja kebajikan.

d) Artistik
Individu artistik gemar berhubung dengan dunia mereka sahaja melalui bakat seninya. ciri-ciri lain adalah kreatif, inovatif dan berkeupayaan memahami perkara tersirat.

e) Konvensional
Individu ini menggemari kerja-kerja yang berstruktur, teliti dan berkeupayaan melakukan perkara yang sama secara berulang. mereka mementingkan susun atur serta kekemasan dan cuba mengelak sebarang kesilapan dalam melakukan pekerjaan.

f) Enterprising
Ciri unik individu ini adalah kebolehannya bercakap bagi mempengaruhi orang lain, menjual barangan atau mematahkan setiap hujah orang lain.

       Holland menyatakan dua sifat kaunselor yang membolahkan dia mencapai thap keberkesanan yang tinggi adalah:

Sosial
Pembimbing yang berkesan perlu mempunyai minat perlu mempunyai minat mendalam bagi menolong manusia dan membantu dalam bentuk kebajikan. sifat-sifat ini ditonjolkan melalui kebijaksanaan dalam berkomunikasi dengan orang lain.

Artistik
Pembimbing juga perlu mempunyai kretiviti dan imaginasi yang tinggi terutama dalam memahami masalah manusia yang kompleks. ciri-ciri kreatif ini perlu dalam mengaplikasikan kemahiran kaunseling dan mencari penyelesaian yang sedang dihadapi.


Ciri-ciri Kaunselor Berkesan
Goldfried dan Padawer (1982), menyamakan kaunseling sebagai kraf tangan dan kaunselor sebagai individu yang mempunyai kemahiran dalam kraf tangn itu. Menguasai keperluan pengetahuan dan kemahiran asas adalah prasyarat menjadi kaunselor yang baik. Bagi menjadi kaunselor berkesan, kaunselor mesti mempunyai kelebihan menguasai seni kaunseling yang dihasilkan dengan cara tersendiri yang menjadikan kaunseling sebagai proses yang unik dan berkesan. Kaunselor perlu memiliki pelbagai kemahiran dalam membantu usaha ini. Menurut Seligman (1986), kemahiran kaunselor termasuk kemahiran yang dimiliki dalam aspek:


                       a)  Penyelidikan
                       b) Penilaian
                             c) Kesedaran kendiri
                             d)   Usaha meningkatkan profesionalisme
                             e)  Komunikasi
                             f)  Pembangunan man
                             g) Teori dan teknik kaunseling
                             h)  Kaunseling kelompok
                                     i)  Kaunseling k
                             j)   Perundingan
                             k)  Kemampuan berinteraksi dengan golongan istimewa
                             l)  Latihan dan bentuk program
                             m)    Perapatan dengan komuniti



 

maksud kaunseling


Kaunseling merupakan salah satu daripada jenis-jenis pertolongan. Antara jenis-jenis pertolongan yang lain ialah member nasihat, bimbingan, dan mengajar.

Kaunseling merupakan satu proses yang sistematik untuk membantu perhubungan berdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar mengikut kod etika kaunseling untuk mencapai suatu perubahan,kemajuan dan penyesuaian yang holistik,baik dan sukarela pada diri klien supaya perubahan,kemajuan dan penyesuaian itu akan berterusan sepanjang hayat klien.

 Dalam erti kata lain, kaunseling adalah satu proses interaksi yang melibatkan seorang kaunselor dan juga seorang klien. Kaunseling sebenarnya bukan bererti memberi nasihat walaupun terdapat cadangan diberikan. Malahan, kaunselor tidak memberi jawapan secara langsung kepada semua persoalan klien tetapi mencari jawapan bersama.

pengalaman 1st bertemu cikblog

                                                           assalamualaikum..
..nak jerit rasa masa buat blog nie..maklumla kan tak pernah-pernah buat blog..tiba-tiba kena buat blog rasa susah sangat kesian kawan yang mengajar buat blog nie penat dia ajar..tak faham-faham...tapi bila dah siap waaahhh bestnya rasa..hihi. kalau tak kerana lecture yang suruh buat nie memang tak buat la saya sampai bila-bila..thanks to my lecture bagi something new kat saya...